Jurnal Pengarah 4

_________________________________________________________________________________
20 March 2014

Pada hari pertama saya menghadiri production ini, saya dibentangkan dengan tugasan-tugasan setiap ahli kumpulan. Ada kumpulan yang telah memulakan rehearsal shot mereka. Untuk kumpulan saya, kami akan mengadakan rehearsal shot pada 28 March nanti. Hanya tinggal seminggu saja lagi. Dan saya ditugaskan untuk bahagian tatarias.

Ok. Ini adalah kali pertama saya menyertai projek seperti ini. Menurut pengarah yang juga merupakan ketua kumpulan saya, untuk rehearsal shot nanti, saya perlu belajar sedikit sebanyak tentang make-up, dan pakaian pelakon. So, mungkin apakah pakaian yang sesuai untuk watak si ibu dan si anak yang zahirnya berperwatakan baik alim tapi realitinya seorang penagih dadah???

Hmm, berbalik kepada sesi pengajaran pada hari isnin iaitu 17 March yang lepas, kami didedahkan dengan...

3 jenis critical approach dalam pembikinan filem.
Formal-aesthetic, cultural ideological, dan combining approach. 
Pemilik sebenar sesebuah filem. 
7 jenis shot, 6 jenis cuts, dan 4 jenis editing.
Shots - close-up/extreme close up, medium close up, medium shot, medium long shot, long shot, extreme long shot, dan shot/reverse-angle shot.
Cuts - jump cuts, match cuts, montage cuts, compilation shots, cutaways, dan cross-cuts.
Editing - chronological editing, cross-cutting or parallel editing, deep focus, dan montage
Style pengarahan.

Pada hari tersebut juga, kami telah ditayangkan dengan sebuah filem sains fiksyen iaitu The Dark Skies...





Comments