Sayangi, kagumi diri kamu

Salam...



Hari ini aku sudahi dengan otak yang sarat dengan hasil perbualan bersama beberapa orang rakan seperjuangan. Ya.. sekali lagi aku nak cakap, tak kenal maka tak cinta. Tapi bila kita dah kenal, sometimes akan lahirnya satu pandangan terhadap seseorang. Tak kira la pandangan positif atau negatif. Semakin aku kenali dia dan mereka, semakin banyak aku fikir tentang dia dan mereka. Kadang-kadang, apa yang aku fikirkan tentang dia dan mereka akhirnya buat aku confius! Ahaaa!

Err,, kadang-kadang bukan niat aku untuk mencipta "pandangan" terhadap dia dan mereka. Tapi semua tu berlaku secara spontan. Macam, sekali aku pandang, and aku rasa tak kena, zzappp! She is this, she is that, tarataraaaa! Mulut aku mungkin still under control la untuk simply say she is this and that. Tapi otak dan hati aku tak dapat kawal!! And kadang-kadang dia dan mereka tu takde la buat something yang teruk sangat, tapi sebab hati aku yang sikit kotor ni, ada je yang tak kena aku pandang pada dia. Hmm =( 


Dia merakam pandangan...

Tapi sebenarnya, aku bukan nak pandang buruk tentang dia dan mereka, tapi sebab dia dan mereka adalah saudara aku. She is "SHE". I mean, dia dan mereka adalah "WANITA". Personally, bagi aku, and since terciptanya blog aku yang dulu-dulu, Im really concern with "SHE". Im not a good "SHE", tapi aku sangat kagum melihat "SHE" yang ada sifat-sifat wanita yang cukup indah. I wish I will be like that "SHE". Hm, macam dia dan mereka, mula-mula aku pandang dia dan mereka, dia complete dengan semua ni:

CANTIK
MANIS
SOPAN
PEMALU
CANTIK LUAR DALAM
~ not only facade but the whole building!~

Dan aku melihat dia dan mereka sebagai seseorang. Tapi, aku tak tahu apa silapnya, dia dan mereka menjadi orang lain. Dia dan mereka masih lagi cantik, masih lagi manis dengan senyuman, tapi hilang sopan, hialng malu (mungkin dia dan mereka tak la teruk sangat). Tapi aku rindukan sifat malu yang ada dalam diri dia dan mereka. Yaa~ sifat malu dalam diri dia dan mereka buatkan aku rasa dia dan mereka tersangat cantik!

Bila teringat tentang that she, aku terpanggil untuk mencari beberapa articles menarik dan melihat apa pendapat orang tentang that she. And aku tersangat kagum melihat this cANTIKMANIs comments something on her hobby. And her story tentang bagaimana dia korbankan minat dia hanya untuk menjadi seorang yang "cantik".... Cantik itu sangat subjektif. Tapi apa yang dia buat, apa yang dia korbankan itu, sangat membuktikan bagaimana dia berusaha untuk menjadi cantik. Jadi, kenapa dia dan mereka yang sudah sedia cantik, berubah untuk pudar dan lunturkan cantik tu? WHY? Kamu sudah cukup cantik...

Ya.. bukan mudah untuk kita tinggalkan apa yang kita suka. Tapi, macam mana pulak kalau kita bukan seperti itu, tapi kita dilatih untuk menjadi seperti itu. Kita diasuh untuk menjadi someone like that, hanya untuk buat orang pandang kita? Kenapa perlu untuk menjadi orang lain hanya untuk buat orang pandang kita?

 
Cantiknya bunga kerana apa ya?
Dan seseeorang itu menjadi "seseorang" atas dasar apa ya? 
Errr... main point aku sebenarnya nak cakap, kamu tidak perlu menjadi orang lain hanya untuk buat orang lain pandang kamu, dan bertepuk tangan untuk kamu.  Kamu hanya perlu untuk jadi diri kamu. Sayangi diri kamu. Kagumi setiap kecantikan yang ada pada diri kamu. Dan dari situ, kamu akan bangga menjadi diri sendiri. Dan masa tu, kamu takkan lagi menjadi orang lain.

p/s: Dedikasi khas untuk kamu yang cukup cantik... =)

Comments