Bukan pesta hujung minggu

Aku:

Dan bila kau tak lagi nak mendengar apa kata di bawah ini, kenapa kau bertanya lagi?
Untuk apa kau tanya berulang kali?
Untuk kepastian atau untuk memalukan?
Supaya orang melihat aku ni tak boleh bercakap?
Dan kau seorang saja yang boleh bercakap, menuding jari dan cakap aku cuma kosong?
Itu motif kau?

Aku tak faham kenapa seorang yang berkain itu selalu dipandang seolah-oleh setiap kata yang keluar dari mulutnya itu tidak benar, tidak berfakta dan tidak meyakinkan.
Dan aku jadi lagi tak faham, bila kau sering meragui semua yang keluar dari mulut aku.
Adakah sebab aku ni biasa-biasa?
Seorang muda yang tak punya latar belakang hebat dan tak boleh bercakap lantang?
Aku malas bercakap.
Apa yang kau nak tahu semua aku dah tulis. Tolong laa selak dan baca.
Jangan pandang sepi dengan tulisan aku.

Apakah kau menilai orang dari mulutnya? Blazer nya? Jam tangan nya? Atau helaian kertas yang dicampakkan atas meja kau? Helaian kertas yang dia tulis bermalam-malam untuk penuhi kehendak kau yang tak pernah tetap dengan pendirian.

Kau pilihlah jawapan kau sendiri,
Sebab aku tahu aku tak boleh pengaruhi kau yang degil.

Sekian, aku merasakan diskriminasi dalam pekerjaan itu adalah benar walaupun ianya adalah secara tidak langsung. Kerana ia tidak berlaku secara langsung. Ia hanya menjejaskan sedikit demi sedikit motivasi untuk terus bekerja. Dan ia boleh ditangani, cuma mengambil masa. Dia mungkin tak menjatuhkan, tapi ia melemahkan. Sungguh, walau hanya melemahkan, tapi manusia itu lemah. Mungkin manusia itu boleh bertahan hari ini, tapi tak lagi esok. Apa kau sanggup ke nak tengok yang kuat itu jatuh sebab kau yang menjatuhkan hanya kerana sedikit gelak tawa pesta hiburan kau tu? Kau sanggup?

Sesungguhnya, yang kuat akan terus, yang fed up akan berundur. Bukan mengalah, tapi untuk apa berlawan dengan mereka yangg tak faham. Tak perlu nak fahamkan dia. Angkat kaki. Ramai lagi yang akan faham kau. Yang menjatuhkan itu, biarkan dia terjatuh. Sebab dia taknak bangun dengan kau. Jadi, biarkan dia, terjatuh bersama mereka yang jatuh. Usah peduli.

Untuk mereka, aku mohon hentikan. Berhenti. Anggaplah aku sama seperti engkau. Aku masih belajar lenggok bahasa engkau. Mana mungkin aku yang baru setahun mampu jadi seperti engkau yang sudah 20 tahun. Didik aku, bukan herdik aku. Salah aku, tegur, bukan tawa beramai-ramai. Ini bukan pesta hiburan hujung minggu. Mohon ambil perhatian.

Image result for workplace bullying working environment and health
Sumber: Google.com | Ini bukan pesta. Terus berjalan bukan menari.

Dari: Aku |

Comments