Movie Review 4: "... once you've been chosen, you belong to them.. - The Dark Skies"

_________________________________________________________________________________
The Dark Skies...

1) Sila rumuskan dalam satu perenggan tentang plot cerita The Dark Skies.


Filem ini mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang tinggal di kawasan pinggir bandar. Keluarga ini mempercayai kewujudan kuasa misteri yang cuba mendekati keluarga mereka. Keluarga ini menjadi mangsa gangguan makhluk misteri tersebut. Babak suspen dalam filem ini dikembangkan apabila si ibu mula menemui persamaan tentang kejadian pelik yang berlaku kepada keluarga mereka dengan apa yang dicatatkan di internet. Malangnya, penemuan si ibu pastinya tidak dapat diterima oleh pihak berkuasa. Pasangan ibu bapa itu berusaha untuk menemui seseorang yang mahir dalam kejadian ini. Mereka berusaha untuk menentang gangguan tersebut.

2) Apakah kelainan filem ini dengan genre filem-filem sains fiksyen yang lain.

Menurut pengarah, filem ini diinspirasikan melalui kisah sebenar dan pengalaman semasa kanak-kanak. Filem ini menceritakan bagaimana penerimaan kanak-kanak tentang illusi dan khayalan mereka. Filem sains fiksyen ini menggabungkan elemen sains yang logik di samping menyelitkan elemen seram. Pelakon-pelakon yang dipilih juga adalah berdasarkan sifat keibubapaan semula jadi yang ada pada mereka supaya menjadi lebih mudah untuk digandingkan dengan kanak-kanak dalam filem ini. 

3) Ceritakan secara ringkas tentang latar belakang dan props yang ditampilkan dalam filem ini.


Kesan latar belakang dan props di dalam filem ini ditampilkan secara natural dan semulajadi. Penampilan kesan-kesan kemunculan alien dan babak suspen disampaikan dalam gaya separa seram tetapi tidak terlalu serius. Unsur-unsur seram dan komedi digabungkan dengan baik dalam menampilkan props untuk filem ini. Menurut Scott Stewart, "tidak ada yang lebih menyeronokkan daripada perlahan-lahan mengetatkan skru. Jadi, itulah pendekatan yang saya ambil dengan filem ini." (Stewart, 2013). 

Sumber:
Stewart, S. (22 February, 2013). Interview with “Dark Skies” Writer/Director Scott Stewart. (K. Anderson, Interviewer)

4) Senaraikan 7 jenis shot asas yang digunakan dalam filem ini. Sila freeze screen dan senaraikan gambar mengikut shot berserta keterangan.

Close-up / extremely close up - subjek dirakamkan dalam jarak yang dekat. 

Medium close-up - "Close-up" pada satu atau dua subjek. Subjek dirakam sehingga paras bahu atau dada hingga kepala. 


Medium shot - Subjek dirakam dari jarak yang boleh menampakkan bahagian sekitar pinggang ke atas. Posisi kamera boleh merakamkan keadaan di sekitar subjek.

Medium long shot - Subjek dirakam dalam keadaan yang tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat. Seluruh tubuh subjek dirakam dalam shot ini.

Long shot - Subjek dirakam pada suatu sudut yang mana mereka dilihat bersama dengan keadaan sekeliling.



Extremely long shot - Subjek menjadi sangat penting dalam merakam latar belakang. Keadaan sekitar boleh menjadi penting apabila subjek dirakam dari sudut yang tinggi.


Shot/reverse-angle shot - Shot ini biasanya digunakan dalam penyampaian dialog antara dua individu yang mana dua subjek (yang saling berinteraksi) dirakam dalam satu masa.


5) Sila kritik gaya penyuntingan yang digunakan dalam The Dark Skies.

Gaya penyuntingan dalam filem ini dilakukan dengan mengggunakan pelbagai jenis gaya penyuntingan. Salah satu daripadanya ialah chronological editing yang mana ditampilkan pada penghujung filem sewaktu watak ibu cuba mengaitkan peristiwa yang pernah dialami oleh anak lelaki pertamanya. Gaya penyuntingan ini dapat membantu penonton untuk memahami punca kehilangan anaknya itu. 






Comments