Jurnal Pengarah 2

_________________________________________________________________________________
3 Mac 2014
Hari kedua, kelas seperti biasa. Tapi berbeza dengan minggu sebelumnya. Oleh kerana saya telah terlepas kelas untuk minggu pertama, banyak perkara yang saya terlepas pandang:-
1) Pembahagian kumpulan untuk continuous assessment.
2) Penggunaan blog untuk menghantar movie review dan director's journal.
3) Kelas malam pada setiap hari khamis (production meeting).
Dan baru hari ini saya tahu bahawa movie review dan director's journal yang dibuat mestilah berdasarkan eight elements of a cyclical production model (concept, development, financing, pre-production, production, post-production, marketing, dan distribution). 

Selepas sesi kelas bersama encik pensyarah, kami ditayangkan dengan sebuah filem aksi berjudul Kill Bill Vol. 1. Cerita yang agak tergantung kerana filem ini mempunyai sambungannya.

Hari ini juga saya telah memilih untuk memasuki kumpulan saudara Ariff dan saudari Wani. Tugasan kami untuk semester ini ialah menghasilkan sebuah short film yang berdurasi tiga minit. Kami diberi kebebasan untuk menyampaikan apa-apa sahaja genre short film asalkan idea tersebut tidak bosan dan tidak terlalu panjang. Well tiga minit mungkin sekejap bagi mereka yang sudah biasa. Tapi tiga minit tu sangat lama bagi saya yang tak tahu apa-apa. =,=

Menurut Ariff dan Wani, khamis lepas (sewaktu production meeting) mereka telah membentangkan tiga concept idea kepada encik pensyarah, tetapi concept idea tersebut telah ditolak atas alasan tertentu. Oleh itu, kami perlulah memberikan idea yang baru supaya proses pembikinan short film kami boleh diteruskan dengan proses penulisan skrip. Perbincangan dimulakan apabila Ariff dan Wani memberikan beberapa contoh.

Hmm... saya mencuba nasib. Not my idea, just based on a true story. Kisah seorang lelaki yang mempunyai angan-angan yang terlalu tinggi sehingga akhirnya merosakkan diri sendiri dan menyusahkan ahli keluarganya. Dek kerana terlalu kuat bermimpi, lelaki tersebut akhirnya disahkan menghidap sejenis penyakit psikologi yang tidak membahayakan orang lain, tetapi membahayakan diri sendiri. Secara zahirnya lelaki tersebut nampak normal, tetapi emosinya terganggu. Kehidupan sehariannya hanya bergantung dengan ubat!

Sadly, It was rejected... =(

Then seorang lagi ahli kumpulan daripada jurusan perundangan (kalau tak silap laa) menyuarakan ideanya. Such a sweet love story. Kisah dua orang pasangan yang mempunyai kekurangan upaya. Mungkin seorang bisu dan seorang pekak atau buta. Konflik bermula apabila pasangan tersebut mahu hidup bersama. 

Masa itu saya dapat membayangkan kisah pasangan ini yang dibantu oleh satu lagi watak pembantu. Si gadis itu buta, dan si jejaka itu bisu. Si jejaka akan menulis surat kepada si gadis kerana si jejaka tidak mampu untuk menyuarakan isi hatinya. Watak pembantu akan membacakan setiap surat yang dikirim oleh jekaka kepada si gadis. Si gadis pula akan membalas surat tersebut dengan memberi pesanan kepada si jejaka melalui watak pembantu. Dan konflik bermula apabila watak pembantu tidak menyampaikan isi surat dan pesanan sebagaimana yang ditulis dan diluahkan oleh pasangan tersebut. Perbuatan watak pembantu telah menggoyahkan kasih yang terjalin antara pasangan tersebut. Hahaha, sempat berangan sekejap untuk idea si budak perundangan itu. 

Tetapi, perbincangan kami terhenti di situ apabila encik pensyarah meminta si pemberi idea untuk menulis sinopsis berkenaan idea tersebut. Mungkin perbincangan tersebut disambung pada hari khamis akan datang (sewaktu production meeting). Tetapi sekali lagi saya tidak dapat hadir cause I will fly to Terengganu for my State Structure Plan review. 

Untuk kuliah hari ini pula saya kurang faham kerana almaklumlah, masuk kelas pun dah lewat masa tu. Tahu-tahu lecture dah start. Apa yang sempat saya grab masa tu cuma...
Project proposal - Shooting schedule, CV (apa ni? saya pun tak faham) 
Deal demo - Short version of contract includes roles & responsibilities 
Budgeting - Determined by parameters. Eg: archival footage, talent, travel, night shoot 
Using timelines - To map linear story 
Shot sizes - To emerge the storyHead room rules
Again, encik pensyarah pesan, terapkan lapan cyclical production model semasa menulis jurnal.

Sekian...



Comments