Movie Review 2: Kill Bill Vol. 1

_________________________________________________________________________________
Kill Bill Vol. 1...

Barisan pelakon Kill Bill Vol. 2.
Sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Quentin Tarantino. Filem aksi ini dibintangi oleh Uma Thurman, Vivica A. Fox, Lucy Liu, July Dreyfus, Daryl Hannah, and David Carradine. Filem yang pernah menjadi box office sekitar tahun 2003 ini telah mengisahkan seorang ahli kumpulan Deadly Viper Assasination Squad ("the bride" dilakonkan oleh Uma Thunan) yang telah mengahwini seorang lelaki setelah menghamilkan anak kepada Bill (ketua kumpulan Deadly Viper Assasination Squad lakonan David Carradine). 

Ahli Kumpulan Deadly Viper Assasination Squad.
The bride telah dibunuh oleh kumpulan Deadly Viper Assasination Squad sewaktu majlis perkahwinannya. Malangnya, kerana kecuaian kumpulan terbabit, mereka tidak menyedari bahawa the bride masih hidup! The bride terlepas daripada tragedi pembunuhan tersebut dan telah bangkit bagi menuntut bela atas kematian suami dan anak di dalam kandungannya.

Filem ini dimulakan dengan tragedi pembunuhan the bride. 
"Bill... it's your baby..."
Filem ini dikembangkan dengan misi pembunuhan mangsa pertama, Vernita Green (lakonan Vivica A. Fox). Pembunuhan tersebut dilakukan di rumah Vernita Green sambil disaksikan oleh anaknya, Nikki.  Pada awalnya the bride dan Vernita Green telah bersetuju untuk berlawan pada masa dan tempat yang dijanjikan, tetapi Vernita Green telah terlebih dahulu menyerang the bride dengan menggunakan pistol yang disorok pada kotak bijiran sarapan. Kerana marah, the bride terus membunuh Vernita Green.

Vernita Green, mati ditikam.
"Bill always said you were one of the best ladies with edges weapon" - Vernita Green
Filem ini kemudiannya memaparkan kisah percubaan kedua membunuh the bride di sebuah hospital sebelum memeparkan kisah bagaimana the bride telah ditemui masih hidup ketika situasi pembunuhan tersebut. Namun, percubaan membunuh itu telah gagal.

Percubaan kedua membunuh the bride.
The bride telah dirawat di sebuah hospital selama beberapa tahun. Sewaktu sedar dari koma, the bride menyedari bahawa dirinya telah menjadi mangsa jururawat lelaki yang tidak bertanggnungjawab. Kerana telah lama koma, the bride telah diberi langganana kepada seorang lelaki. Namun, tanpa menyedari the bride telah sedar dari koma, lelaki terbabit telah mencuba untuk meniduri the bride. Demi menjaga dirinya, the bride telah menyerang lelaki terbabit dan kemudiannya membunuh jururawat lelaki tersebut.

Serangan the bride.
Setelah membunuh jururawat lelaki itu, the bride ke tempat parking kenderaan dan mendapatkan van (Pussy Wagon) milik jururawat lelaki itu. Di situ, the bride berusaha untuk menggerakkan jari kakinya supaya dia boleh berjalan seperti biasa.

"Wiggle your big toe..." - the bride.
Penonton dibawa ke Okinawa. The bride menemui seorang lelaki, pakar dalam membuat pedang. Niat the bride hanya satu, membalas dendam atas tragedi pembunuhan suami dan anaknya.
"Revenge is never a straight line. It's a forest. Like a forest, it's easy to lose your way, to get lost, to forget where you came in," said Hattori Hanzo.
Dengan bantuan lelaki tersebut, the bride berjaya menewaskan O-ren Ishii (lakonan Lucy Liu). Walaupun O-ren Ishii dibantu oleh puluhan pengikut yang mahir bersenjata, the bride masih mampu menewaskannya dengan berbekalkan pedang buatan Hattori Hanzo. Dalam filem ini, pengarah turut menceritakan kisah hidup O-ren Ishii sewaktu kecil. O-ren Ishii sewaktu kecil pernah menyaksikan pembunuhan ibu dan bapanya oleh Yakuza Boss. Kerana dendam, O-ren Ishii telah membunuh Boss Matsumoto dengan kejamnya. Kejadian pembunuhan ibu bapa O-ren Ishii dan Boss Matsumoto telah dipersembahkan dalam bentuk animasi. 

Scene semasa percubaan membunuh O-ren Ishii.
Sewaktu pembunuhan O-ren Ishii, the bride telah mencederakan Sofie (lakonan Julie Dreyfus) sebagai ugutan untuk mengetahui rahsia Bill. Filem ini telah diakhiri dengan kisah Sofie yang telah kehilangan beberapa anggota badannya. Namun, dendam the bride masih belum terbalas kerana tiga daripada "death of list five" nya masih belum terbunuh. Kisah ini disambung dalam Kill Bill Vol. 2.

Kill Bill Vol. 2 - Dendam yang belum terbalas.
Secara peribadi, filem berepisod seperti ini mampu menarik lebih banyak penonton lebih-lebih lagi dengan penyampaian filem pertama yang boleh dianggap berjaya. Filem yang bergenre aksi ini membuat penonton tertanya-tanya siapakah mangsa seterusnya dan bagaimanakah mangsa akan dibunuh. Aksi lasak yang dibawakan oleh Uma Thurman dilihat sangat berkesan. Lakonannya seperti menggambarkan seorang ahli kumpulan pembunuh upahan yang berpengalaman. Menurut Demiray (2012), filem arahan Quentin Tarantino ini sangat kompleks tetapi merupakan contoh yang sangat baik untuk "male gaze".


Sumber:
amazon.com company. (2003). Kill Bill: Vol. 1. Retrieved from Plot Summary: http://www.imdb.com/title/tt0266697/plotsummary
Demiray, B. G. (2012). Cinej Cinema Journal. The Avenging Females: A Comparative Analysis of Kill Bill Vol.1-2, Death Proof and Sympathy , 30-35.
Kill Bill Script. (n.d.). Retrieved from http://www.script-o-rama.com/movie_scripts/k/kill-bill-script-transcript-uma.html
Tarantino, Q. (Director). (March 5, 2003). Kill Bill Vol. 1 [Motion Picture].

Comments