Rumah dan keyakinan diri

Salam...

Orang kata memiliki sebuah rumah adalah impian semua orang... Dan ada yang kata, memilki sebuah rumah mampu membina keyakinan seseorang individu itu. Betul ke??? Mungkin aku tak mampu nak menjawab sebab aku sendiri tak seperti mereka yang telahpun memiliki rumah masing2 dengan hasil titik peluh masing2 (i mean i work for it, not get it from someone)...

Tapi, berdasarkan pemerhatian aku terhadap mak abah aku sendiri, mungkin betul tentang cakap2 mereka dan juga teori2 yang mereka kemukakan tu. Before this, kami sekeluarga tinggal di sebuah perkampungan setinggan. Ya, setinggan. Tapi aku tak rasa la setinggan tu buruk and teruk seperti mana sesetengah individu ni fikir. Not at all. Buat kawan2 yang hanya pernah dengar cerita apa itu setinggan, pliss go on the site and look for it first. Tidak semua kawasan setinggan itu buruk comot kotor and so what ever. 

Cuma, mungkin tak dapat aku nafikan, kawasan perumahan setinggan itu kurang dari segi keselesaaan, yang mana, salur paip air pun kena berkongsi. Kalau rumah sebelah mandi, yaaa aku kene menjerit dan kata, tutup air sekejap oiyyy, aku nak membuang! Hahah Dan kadang2, kami terpaksa menadah air terlebih dahulu untuk pastikan kami tidak lagi berebut air dengan jiran sebelah. Tapi memang dah lama takde aktiviti cam gini kan =)

Dan suatu hari, my family decided untuk berpindah ke sebuah rumah yang jauhhhh dari kawasan tu. Dan alasan yang diberi masa tu, rumah kami akan dirobohkan. (Rumah yang abah bina akan dirobohkan sebab kerajaan nak tanah tu balik)... Dan alasan abah, dia mahukan rumah yang lebih selesa sebab kebiasaannya, rumah pampasan ni rumah flat. And my family tersangatlah tidak suka akan rumah flat. Jadi kami pun berpindah.

Yaa... walaupun rumah baru tu memang "baru", sampaikan masa kami pindah, takde jiran pun sebelah2 tu. Dan walaupun dah beberapa tahun aku tinggal di situ, aku masih pelik dan tak suka, ape laaa best sangat duduk kat rumah teres ni. Nak main pun kena pergi taman permainan. Dulu dok setinggan  rilek je main depang rumah tengah jalan, tepi parit, tepi rumah orang, kalau namanya rumah ada "veranda", itu namanya hak public, semua boleh dok main carom kat situ --- kecuali mokcik rumah tu garang macam singa (ok fine, aku tak main semua tu,, tapi kanak2 lain yang main... ahaaa).. Seriusly, zaman kanak2 paling seronok adalah masa aku duduk setinggan. 

Haihh... tapi rumah tu cuma tinggal rumah, dan penyewanya... 

Dan berbalik kepada keyakinan diri dan pemilikan rumah. Aku rasa mungkin itu apa yang mak abah rasa. Pada mulanya mereka memang takut untuk membeli rumah, sebab takut tak mampu nak bayar hutang. Tu yang sampai dah nak pencen baru lerrr beli rumah. Tapi, alhamdulillah, sampai sekarang takde pun tertunggak bayaran rumah tu. And dah nak habis bayar pun. Dan walaupun hutang rumah nak habis bayar, kerajaan masih lagi tak amek tanah yang mereka kata nak amek tu. 

And the most important part yang aku suka, abah cakap "rumah setinggan tu, abah dah sewa dengan harga paling murah dah, siap dah dapat balik modal bina rumah, pun kerajaan tak datang lagi". hahaha,, rumah setinggan yang cenonet tu pun boleh jadi side income. Dan abah kata, duit sewa rumah tu laa yang jadi duit belanja sepanjang aku belajar selama ni. Dan itulah jasa rumah setinggan. So guys! Plis, jangan laa pandang buruk sangat pada "setinggan". Setinggan yang aku diami suatu ketika dulu, mungkin sedikit kurang selesa dari segi kehidupan, sebab biasa la, lagi banyak orang yang suka berbual, lagi banyak perang mulut dan iri hatinya. Tapi, untuk budak2 yang baru membesar, itu lah kawasan paling seronok sebab mereka bebas bermain di mana sahaja. Mereka bebas untuk menangkap belalang. Mereka bebas untuk ke sekolah berjalan kaki. Dan mereka bebas untuk keluar dan masuk ke rumah kawan2 mereka. Sebab itulah setinggan. =)

Dan sekarang, keyakinan bagi seorang pemilik rumah "KEDIAMAN", nampak terserlah pada wajah mak dan abah...

Biar sederhana, asalkan kami bahagia... =)
Terima kasih Allah, untuk rezeki yang kau berikan..

p/s: Dan azam aku adalah, aku akan memiliki rumah sendiri hasil usaha sendiri (i mean i work for it), sebelum aku mencapai umur 26 tahun! Ya, i will work for it. Saiz rumah bukan ukuran, yang pasti jaminan keselamatan untuk diri sendiri dan keluarga...  maaf aku takde gambar untuk rumah setinggan lama tu.. tapi nanti kalau ada, akan aku kongsikan.. =)

Kesian anak sedara aku sebab takde "kampung" pasal tok mereka ni dok rumah teres bukan rumah kampung...





Comments