Nilai sebuah kejujuran...


"Kamu takkan mampu untuk menipu semua orang setiap masa"
Tak siapa mahu membenci kamu, tapi apabila kamu terus menipu kepada ramai orang dalam kebanyakan masa, mana mungkin ada manusia berkepala hitam mampu bertahan...
Sekali kena ok, dua kali kena ok, tiga kali kena laaa penampar mereka nanti!

"Kejujuran takkan pernah buat orang lain terasa bagai disakiti, tetapi penipuan akan menyakiti semua orang"
Tiada bayaran yang kamu perluan untuk menjaga hati orang lain kerana kejujuran itu percuma nilainya...
KEJUJURAN = RM0.00

"Jika kamu menjadi diri sendiri, dan pasti kebenaran akan hadir berlandaskan kejujuran, dan kepercayaan itu akan wujud"
Tapi seandainya menjadi diri sendiri itu bermaksud menjadi seorang pendusta dan kaki belit, maka lunturlah segala kebenaran, terhapuslah semua kejujuran dan musnahlah sebuah kepercayaan... sesungguhnya, peliharalah kepercayaan orang lain sebagaimana kamu cuba memelihara keimanan dalam jiwa kamu...

"Kebenaran mungkin akan menyakiti dan menyinggung, kerana kebenaran itu kadangkala terbit dari kelantangan, namun disakiti kerana kebenaran yang hakiki lebih baik daripada keindahan yang terbit dari penipuan"

"Menjadi jujur itu mudah kerana kamu tidak perlu menipu dan mencari idea untuk kekal menipu"

~tettt out of topik sikit!
"Moral of the story: Tidak perlu menjadi cantik untuk menjadi indah di mata seorang lelaki, tetapi jadilah seorang bidadari yang mencantik dan mengindahkan dunia kaum adam itu, kerana Adam yang baik pekertinya akan hanya melihat kebahagiaan dan kedamaian di sebalik Nur Hawa itu, bukan melihat facade Hawa yang plastik berbedakkan debu dan bersuntikkan vitamin kimia"

"Biarpun aku kata kejujuran itu percuma nilainya, tetapi percuma itu hanya pada nilai wang.. Jika ditimbang pada nilai kemanusiaan, harta kekayaan seluruh manusia di muka bumi ini juga takkan mampu ditandingi"
Kerana kejujuran itu tinggi nilainya pada nilai kemanusiaan, maka kejujuran itu mustahil untuk diterima daripasa "CHEAP people" - dan aku tak mampu nak memberi adjektif yang setimpal dengan "CHEAP people" kerana gelaran itu bukan terbit dari hati aku.

Dan benar, kita manusia, manusia tiada yang sempurna.
Kesilapan itu sudah menjadi makanan kita.
Tapi itu bukan "point" untuk kita jadikan alasan untuk terus membuat kesilapan.
Perubahan itu untuk semua.
Perubahan itu milik semua Adam dan Hawa.
Perubahan itu tidak menuntut bayaran.
Perubahan itu tak perlu kau buat dengan hutang.
Perubahan itu tidak mustahil...

Jangan takut untuk berubah...
Jangan takut untuk keluar dari kepompong keselesaan...
Jangan takut untuk pelihara hati orang lain...
Kerana hidup ini adil...
Kehidupan ini sangat adil...
Jika kau tak dapat pulangan itu hari esok, kau akan terima suatu hari nanti...
Sama ada pada dunia nyata, atau dunia kedua nanti, dunia yang mana kita akan dilihat sama...
Dunia yang takkan membezakn siapa kau dan siapa aku....

Kau harus tahu, maaf itu untuk semua...
Maaf itu untuk semua...
Maaf itu untuk semua...
Dan maaf itu untuk semua selagi kau kenal erti perubahan...
Dan selagi aku masih bernyawa...


p/s: Bukan niat aku untuk menyinggung, kerana ini mungkin cara terbaik untuk aku berkongsi luahan hati aku dan hati mereka... Kerana aku tak sanggup menyakiti hati kau... Maafkan aku kerana kelantangan ini mungkin cara terbaik untuk aku menjadi jujur...
Peace no war  =)

Comments