Antara ayam dan telur

Salam...

Malam ini bicara aku mungkin tentang sesuatu yang sedikit santai... ahaa bunyi macam aku ni mood tengah baik.. hahah

Kah! Petang tadi selesai sudah aku berjalan kaki di bawah renyai hujan dari fakulti sampai laa ke kolej. Penat la jugak sebab hujan kan. Nak jalan pun sangkut2 payung aku. Hahah.. Tapi sepanjang jalan tu, best la jugak sebab ada peneman. Hee,, peneman yang best untuk diajak berborak dan ber"gossh-ship". Dan topik petang tadi ada dua. Satu pasal someone falling in love (maybe) to someone yang tak sepatutnya dia fall. Dan satu lagi pasal ayam dan telur. 

Yaa.. tapi aku lagi suka untuk sembang pasal kisah ayam dan telur ni. Sebab benda ni mengingatkan aku pada abah yang selalu pesan....

"Kalau kawan kamu makan ayam, kamu kene makan ayam,, tapi kalau kawan kamu makan telur, kamu jangan lah makan ayam sorang2"
Dan aku takkan sesekali lupa pada pesan tu, insya-Allah...

Hm, aku tertarik dengan statement pensyarah petang tadi...

"Student sekarang, elaun bulanan dapat dari ptptn, tapi pakai iPhone6 ngalahkan cikgu2 (aku lebih selesa untuk guna gelaran cikgu sebab itu yang aku bahasakan tenaga pengajar aku bila aku berbual dengan mak aku...)..." 

Ahaaa... fikir balik tentang statement tu, kadang2 aku selalu fikir, parents zaman sekarang ni sayang anak ke x? Aku tahu aku xda anak lagi and aku tak faham lagi apa yang seorang ibu mahu sediakan untuk seorang anaknya. Tapi yang aku tahu, andai kata aku jadi seorang ibu, apa yang aku fikir, jika hari ini aku sediakan segala macam kemewahan untuk anak aku, aku risau dan bimbang jika suatu hari nanti aku pergi tanpa meninggalkan apa2 kemewahan untuk anak aku. Sedangkan di saat itu mungkin anak aku masih lagi terkapai2 mencari tujuan hidup dengan hanya berbekalkan wang ptptn untuk pembiayaan pengajian, kos sara diri dan bekalan sehingga mendapat pekerjaan tetap.

Dan selama aku terus fikir tentang itu, aku pun terfikir tentang diri aku sendiri. Andai aku ditinggalkan oleh kedua ibu bapaku sebelum aku bersedia untuk hidup sendiri, berbekalkan wang sendiri untuk tanggung diri sendiri, mampu ke aku untuk hidup segembira macam mana selama aku hidup bersama mak dan abah... =(

Bersedia ke aku nak sediakan semua keperluan untuk diri sendiri berbekalkan titik peluh sendiri?

Ya Allah, aku rasa aku masih belum bersedia untuk semua itu...

Dan aku terfikir, hari ini aku gembira dengan apa yang aku ada. Kononnnya aku rasa aku layak dengan semua ni sebab aku dah lama usahakan untuk benda ni, Ya, memang tak dapat aku nafikan, I fight for this! Tapi, aku pernah terbaca sebuah artikel, kadang2, apa yang Allah berikan pada kita, bukan semuanya rezeki untuk kita. Mungkin itu rezeki orang lain. Dan kita hanya sebagai orang tengah untuk sampaikan rezeki itu kepada orang yang sepatutnya. Dan sejak tu, aku terasa, aku perlu berhenti untuk rasa terlalu berpuas hati dengan apa yang aku ada. Aku mungkin tak mampu untuk beri kepada semua orang, tapi insya-Allah, aku akan berikan semua ini, untuk sesuatu yang aku rasa baik untuk orang itu. 

Dan aku harap aku mampu untuk galas tanggungjawab sebagai pemegang amanah itu.... ameen...

p/s: RM1 yang kita miliki hari ini, mungkin hanya 10sen sahaja hak kita. Yang selebihnya, 90sen, mungkin itu rezeki orang lain yang diamanahkan kepada kita untuk disampaikan kepada orang yang sepatutnya...



Comments