Kerana kagum kita bertemu

"Perlu ada keredhaan ALLAH dalam amalan kalian.
Sekiranya ALLAH redha sedangkan seluruh makhluk menolak, maka ia tidak akan memberi apa kesan pun. 
Kerana itulah, sepatutnya hanya redha ALLAH semata-mata yang menjadi tujuan utama dalam khidmat dakwah ini." - Ahmad Ammar.

Kata-kata ini sengaja aku petik dari hasil bacaan ku. Nama itu mungkin tidak semua yang kenal. Pada awalnya aku juga tak terfikir untuk ambil tahu siapa dia, dari mana dia datang dan kenapa dia yang semua orang cuba untuk kenali. Tapi, mungkin ada hikmah kenapa aku benar-benar mengkagumi bumi Turkey. Rasa kagum aku terhadap keindahan bumi Turkey, telah membawa aku untuk sedikit sebanyak mengenali individu ini. Kepada yang membaca, sedekahkan al-Fatihah kepada individu itu. Pemergiannya adalah suatu rehat yang mana arwah tidak sesekali menganggap dunia sebagai tempat rehat bahkan akhirat adalah tempat rehat yang hakiki baginya. 

Suatu hari nanti... Insya-Allah...
Source: bukan aku yang snap 
Bukan mahu mengagung-agungkan beliau, sekadar tertarik dengan semangat yang ada dalam jiwa mudanya, Karya susunan GPTD membuat aku terfikir, aku seharusnya mengagumi bumi Turkey itu kerana sejarahnya, Indah sejarah Islam di bumi itu. Indah yang tersangat indah. Kejahilan dalam diri ini buat aku sebak kerana aku hanya melihat Turkey sebagai sebuah bumi yang indah pada mata kasar, indah pada susunan bandarnya, indah pada bau harum kebabnya, indah seperti yang aku tonton dalam filem. Aku gagal mengenali Turkey kerana indah Islamnya. Insya-Allah, suatu hari nanti aku akan ke sana untuk mencari keindahan yang Ahmad Ammar temui di sana.

Indah...
Source: bukan aku yang snap 
p/s: Penulisan ini mungkin bosan, jika kamu tidak tahu apa itu indah yang aku maksudkan. Yang pasti aku bukan pemberontak, Aku hanya mencari kedamaian dan ketenangan. 

Comments