Chowrasta Market VS. Pasar Awam Larkin

Hi...

Ok, meh tengok Chowrasta Market dari tingkap!

Hari ini baru sahaja tamat menghadiri sebuah conference yang buat kedua kalinya dianjurkan oleh Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah Fakulti Alam Bina, UM. Conference yang diberi sentuhan tema Urban Conservation iaitu International Conference on Integrated Urban Planning 2014 pada kali ini menenkankan tentang "Global Vision, National Mission and Local Outlook". ok! Fullstop. Conference dah pun tamat. Hari tu tak mau promote, dah habis baru nak sebar2. ok, ihiks! Im not good in publicity at all!

Dan sebenarnya, aku bukan mahu berbicara tentang apa yang disampaikan sepanjang conference tu, sebab kalau nak tahu, next year please join us! Ahaa u are pleasure to join the next ICIUP 2015! =)

OK! Back to the main topic. 
Salah satu presentation dalam conference tu adalah mengenai tentang usaha yang dijalankan untuk conserve sebuah market yang pada mulanya dicadangkan supaya dimusnahkan (demolish!) atas alasan reka bentuk yang kurang sesuai. Kerana memikirkan kepentingan market tersebut terhadap masyarakat, sebuah usaha dijalankan untuk mengembalikan seri market tersebut. Yaa.. kalau sekali pandang, usaha tersebut nampak simple iaitu dengan mengadakan sebuah exhibition yang dikenali sebagai Rasa Chowrasta. Exhibition ini secara amnya bertujuan untuk mengembalikan imej Chowrasta Market agar pasar ini akan terus kekal di tapak asalnya (maaf jika informasi ini tidah begitu kukuh). 

Setiap yang tercipta, pasti ada kisahnya...
Mungkin hanya menetap di bumi Georgetown cuma lima hari takkan mengizinkan aku untuk mengenali sepenuhnya siapa geranan Georgetown dan peranan setiap inci bangunannya. Ahaa.. sedangkan 21 tahun aku menetap di bumi Johor, namun aku masih lagi terpinga-pinga bila disebut tentang Bukit Senyum, ni kan pulak laa 5 hari kat Georgetown tu.

Tapi, aku yakin, dengan setiap rakaman yang diambil di Chowrasta, pastinya ada merakamkan sebuah cerita yang tersendiri.

by Okui

a coffee shop

uncle and fish

prawn seller


an uncle by Okui

Foto-foto ini dirakam, dicetak dan dipamerkan di Chowrasta Market tersebut.

Dan melihatkan keriangan dan senyuman yang terpamer pada wajah setiap insan yang menjadi tulang belakang Chowrasta Market itu, aku terpanggil untuk melihat semua itu berlaku di tanah kelahiranku sendri. Dan aku memilih Pasar Awam Larkin. Ahaa... aku tahu nama tu takla tinggi nilai pasarannya kalau nak dibandingkan dengan Chowrasta Market tu. Tapi aku rasa, sedikit sentuhan "WAJIB" diberikan kepada Pasar Awam Larkin tu. Sebab???

1) Peranan pasar tersebut sebagai terminal bersepadu utama di negeri JOHOR!
2) Pasar pilihan utama masyarakat Johor Bahru dan Singapura!
3) Lokasi persinggahan utama untuk bas-bas yang membawa penumpang dari semenanjung Malaysia yang akan menuju ke Singapura...

Dan mungkin banyak lagi kisah tersendiri pada pasar tersebut yang aku sendri tak tahu.
Tapi yang pasti, aku adalah pengguna tegar terminal bas yang beroperasi sekali dengan pasar awam tersebut. Dan kalaulah terminal bas dan bahagian pasar tersebut berjaya ditransformasikan sebiji macam terminal bersepadu selatan (TBS), haihhh nak tidur situ tiga malam pun aku sanggup!

Ok, aku cakap-cakap pun tak guna, meh aku tunjuk keadaan sebenar pasar awam tersebut dan keadaan lokasi-lokasi yang aku jadikan benchmark! Semoga pihak berwajib berusaha melakukan sesuatu untuk mengubah imej dan personaliti tanpa mengubah walau sedikitpun kisah dan cerita di Pasar Awam Larkin dan terminal bas sebelah pasar awam tu jugak. Sesungguhnya, cantik aku tengok tempat orang, tapi jauh sekali dalam hati aku cakap, kan baik kalau tempat aku lebih baik dari tempat orang!!!

pemandangan dari luar TBS

penunjuk waktu bas berlepas


food court

crowd during holidays

way findings

lobi perlepasan... bukan sebarangan orang boleh tunggu bas

ruang menunggu bas

Siapa kata Malaysia ni tak boleh nak cantik-cantik. Berhenti membanggakan tempat luar. Lihat dan nilailah apa yang kita ada. Apa yang cacat, dicantikkan. Apa yang kurang, ditambahbaikkan.

Ahhaa... dan aku bukan taknak tunjuk keadaan Pasar Awam Larkin, tapi rasanya kalau nak tahu, meh datang sini dan buatlah perbandingan sendiri. Semoga semuanya akan diperbaiki.

p/s: First time aku menulis entry pasal benda macam ni... ahakss!



Comments