Movie Review 6 : "I'm just doing the best I can to save you"...

_________________________________________________________________________________
Super 8 (2011)

  
 Act I - Setup (Introduction)
Filem ini bermula apabila sekumpulan kanak-kanak merancang untuk menghasilkan sebuah low-budget zombie movie untuk dipertandingkan dalam internatioanl film awards. Setiap watak dalam kumpulan tersebut mempunyai karakter dan latar belakang masing-masing. Joe, merupakan seorang anak kepada seorang Deputy Sheriff, yang telah kematian ibunya beberapa bulan sebelum bersetuju untuk menghasilkan zombie movie bersama rakan-rakannya. 

Dengan persetujuan Alice, kumpulan ini telah bergerak ke terminal keretapi untuk merakam scene sewaktu keretapi lalu. Malangnya, keadaan menjadi huru-hara apabila gerabak keretapi tersebut telah meletup kerana terlanggar sebuah kereta yang lalu di landasan keretapi tersebut.



Act II - Confrontation (Rising action-stakes get higher)
Filem ini dikembangkan apabila Charles (pengarah kepada zombie movie tersebut) mengambil keputusan untuk meneruskan usaha pembikinan filem itu kerana menganggap scene letupan itu sebagai satu scene yang bernilai. Namun, tanpa pengetahuan mereka, insiden tersebut mempunyai kaitan dengan satu rahsia. Joe mengambil keputusan untuk menyiasat rahsia di sebalik insiden tersebut. 

Dalam masa yang sama, satu makhluk ganjil telah menarik perhatian seluruh bandar tempat tinggal Joe. Kehilangan Alice dan beberapa orang di bandar tersebut terus menjadi tanda tanya. Sewaktu Joe dan rakan-rakannya di tahan juga, mereka telah ditemukan dengan makhluk ganjil ini. Namun, mereka berjaya melepaskan diri daripada menjadi mangsa makhluk tersebut. Apakah kaitan makhluk tersebut dengan insiden keretapi dan stor rahsia berhampiran kubur?
Act III - Resolution (Crisis-falling action)  
Joe memberanikan diri untuk ke sebuah stor rahsia untuk mendapatkan jawapan tentang misteri makhluk aneh dan kehilangan Alice. Di situ, Joe berjaya menemui Alice dan beberapa lagi orang yang masih hidup. Sewaktu menyelamatkan Alice, Joe hampir menjdai mangsa. Namun, dia berjaya untuk berinteraksi dengan makhluk tersebut. Dan dia dibebaskan.

Pada penghujung filem, makhluk tersebut mendapatkan ebanyak mungkin bahan logam untuk menghasilkan sebuah kapal (kelihatan seperti kenderaan untuk makhluk tersebut kembali ke tempat asal). Barang terakhir yang menjadi sasaran makhluk tersebut ialah rantai pemberian ibu Joe. Dengan rela hati, Joe melepaskan rantai tersebut kepada makhluk itu. 


Comments