Movie Review 5: "Gidget Goes to Rome"

_________________________________________________________________________________
The Lizzie McGuire Movie
Lizzie dan watak kartunya
Filem yang mengisahkan tentang seorang remaja perempuan bernama Lizzie yang mengimpikan sebuah percutian yang penuh dengan adventure bersama teman karibnya Gordo di Rome.

Scene Lizzie berangan di biliknya

Filem berunsurkan fantasi  ini dimulakan dengan scene Lizzie sedang menyanyi di biliknya sambil perbuatannya itu dirakam oleh adik lelakinya secara senyap. Scene ini juga ditampilkan bersama satu lagi watak kartun yang seperti menyerupai diri Lizzie.  Scene ini dilihat menarik kerana cara rakamannya bukan sahaja disampaikan dengan cara yang biasa, tetapi juga diselitkan bersama rakaman yang seolah-olah menggambarkan rakaman sebenar oleh adik lelakinya yang meletakkan kamera pada kereta kawalan jauh. 

Scene Lizzie beraksi di pentas

Scene ini secara ringkasnya menjelaskan bagaimana seorang remaja perempuan mengimpikan sebuah dunia glamour, dan pakaian yang cantik. Malangnya, scene ini diakhiri dengan babak Lizzi terjatuh ke dalam tub mandi. Di sini, dapat dilihat bahawa Lizzie memang menginginkan kehidupan yang glamour tapi dia bukanlah seperti apa yang diimpikannya kerana ada sahaja perkara yang akan memalukan dirinya seperti sewaktu dia mewakili menyampai ucapan sewaktu hari graduasinya.



Menurut pengarah, filem ini merupakan filem fantasi yang menyampaikan segala impian remaja perempuan seperti pakaian sejuk, perjalan ke Rome tanpa ibu bapa, tarikan pelancongan yang indah, pasangan lelaki yang comel dan kacak, cinta lokasi, dan beraksi di atas pentas sambil melihat semua orang bersorak untuknya (Fall, 2003)

Reference:
Fall, J. (2003, May 2). The Lizzie McGuire Movie. (H. McClure, Interviewer)






Comments