Movie Review 3: "... I see people. I see dead people... Some of them scare me."

_________________________________________________________________________________
The Sixth Sense...
"I want to tell you my secret now..."
"... I see people. I see dead people... Some of them scare me."
"I see ghosts..."
"They tell me stories... Things that happened to them... Things that happened to people they know."
_________________________________________________________________________________

1) Siapakah M. Night Shyamalan dan bincangkan gaya pengarahan beliau secara umum?

Pengarah dan screenwriter terkenal ini dilahirkan di Mahe Pondicherry, India, pada 6 Ogos 1970. Beliau telah berpindah ke United States dan mula menempah nama di sana. Sewaktu beliau menamatkan pengajiannya di Universiti New York pada tahun 1993, beliau telahpun menghasilkan sebuah karya Praying With Anger yang mana beliau sendiri merupakan penulis, pengarah dan juga pelakon. 

M. Night Shyamalan
Beliau kemudian mula menempah nama dengan karyanya yang berjudul The Sixth Sense yang tercalon dalam six Academy Award. M. Night Shyamalan pernah beberapa kali gagal dalam mempersembahkan hasil karyanya. Namun hasil daripada kritikan beberapa pihak, beliau tetap berusaha mengubah corak pengarahan filemnya supaya boleh diterima oleh masyarakat. 
Bagi M. Night Shyamalan,
"There is no one looking out for us. We are all alone..."
Beliau pernah menghasilkan filem daripada beberapa jenis genre filem yang berbeza. Genre filem berbeza mengikut setiap karyanya. Filem pertama beliau mengenai kisah semi-autobiografi seorang Indian-American. Kemudian, beliau pernah mencuba nasib untuk menghasilkan screenplay untuk sebuah filem kekeluargaan, Stuart Little

Selepas itu, beliau bertukar arah kepada penghasilan filem supernatural thriller iaitu The Sixth Sense yang berjaya meraih $600 million sekitar tahun 2000. Melalui karya tersebut, beliau berjaya dinobatkan sebagai Best Director dan Best Original Screenplay. Melalui filem berikutnya, Unbreakable, beliau dilaporkan menerima sebanyak $5 million. Menurut Shyamalan, "he dreamed of becoming a filmmaker; he was given a camera at age 10 and made no fewer than 45 short films by the time he was 15." Beliau banyak menghabiskan masanya dengan menghasilkan filem-filem luar biasa yang berunsurkan kuasa luar biasa.

Sumber:
M. Night Shyamalan. (2014). The Biography Channel website. Retrieved 12:31, Mar 16,
                 2014, from http://www.biography.com/people/m-night-shyamalan-9542296.


2) Sila merumuskan dalam satu perenggan sinopsis filem The Sixth Sense.

Scene Malcolm bersama Cole selepas pementasan.
Filem ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Cole (lakonan Haley Joel Osment) yang boleh berinteraksi dengan roh dan dia telah pun ditemukan dengan seorang pakar psikologi kanak-kanak bernama Malcolm (lakonan Bruce Willis). Cole yang pada mulanya berasa aneh dan takut dengan jelmaan roh-roh pelik kemudiannya menceritakan kepada Malcolm. Malcolm ialah seorang doktor yang mendapat penganugerahan daripada datuk bandar. Pada suatu malam ketika Malcolm sedang bersama dengan isterinya, dia telah diserang oleh seorang lelaki bernama Vincent. Kisah dikembangkan apabila Cole ditawarkan rawatan oleh Malcolm. Cole ialah seorang kanak-kanak yang digambarkan sering bersendirian, murung, penakut dan mempunyai emosi yang mudah terganggu. Cole dan Malcolm mulai rapat. Sehingga suatu hari Malcolm menceritakan kepada Cole bahawa isterinya sudah berubah. Isteri Malcolm tidak lagi mesra seperti dahulu. Cole yang pada awalnya takut untuk menerima kenyataan bahawa dia telah dianugerahkan suatu kebolehan berinteraksi dengan roh telah membuat keputusan untuk membantu roh-roh tersebut menyampaikan hasrat yang tidak tercapai. Cole juga telah menyedarkan Malcolm bahawa perubahan isterinya adalah disebabkan kematian Malcolm sewaktu dia diserang oleh Vincent. Walau bagaimanapun, isterinya masih menyayanginya sehingga kini. 

3) The Sixth Sense adalah sebuah filem dalam genre drama (tragedy) berbanding horror. Apakah kelainan yang cuba ditonjolkan oleh M. Night Shyamalan dalam filem ini?

Cole boleh melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Filem The Sixth Sense ini tidak menonjolkan aksi-aksi seram dan mengerikan sebagaimana filem hantu lain. Filem ini menonjolkan kemampuan seorang kanak-kanak yang boleh berinteraksi dengan roh daripada alam yang berbeza. Interaksi antara kanak-kanak dan roh tersebut menunjukkan kewujudan makhluk lain yang memerlukan bantuan daripada manusia biasa untuk merealisasikan kehendak mereka. Dalam masa yang sama, rawatan yang diterima oleh kanak-kanak tersebut bersama seorang pakar psikologi kanak-kanak sebenarnya mempunyai motif tersendiri. Rahsia tentang identiti sebenar pakar psikologi dan motif pertemuannya dengan kanak-kanak tersebut hanya dikupas di penghujung cerita. 

Watak roh yang menjelma untuk meminta bantuan Cole.
Babak-babak yang menemukan kanak-kanak itu dengan roh-roh disampaikan dengan cara berbeza. Roh-roh tidak ditonjolkan dalam bentuk hantu yang menakutkan. Bahkan, roh-roh dipersembahkan dengan jelmaan manusia biasa yang mempunyai kecederaan sama seperti sewaktu kematian mereka. Roh tersebut berinteraksi secara baik dengan kanak-kanak itu untuk meminta pertolongan dan ada yang hanya mahu menceritkan kisah mereka. 


4) Bincangkan watak & perwatakan dalam filem ini, dan bagaimana ia menyumbang kepada kesan plot cerita.

Bruce Willis memegang watak sebagai Dr. Malcolm.
Filem The Sixth Sense ini dibintangi oleh beberapa pelakon utama yang hebat seperti Bruce Willis, dan Haley Joel Osment. Bruce Willis telah memegang watak sebagai Dr. Malcolm iaitu seorang pakar psikologi kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan isterinya semenjak serangan Vincent. Dr. Malcolm yang gembira dengan kerjayanya berusaha membantu beberapa kanak-kanak yang menghadapai masalah kemurungan. Salah seorang daripada pesakitnya ialah Cole. Hubungan antara Dr. Malcolm dan Cole menjadi semakin erat apabila Cole meyakini bahwa Dr. Malcolm seorang yang baik hati dan mampu membantunya. Dr. Malcolm pula mula menceritakan masalah peribadinya kepada Cole. Tanpa menyedari bagaimana dia sebenarnya boleh berinteraksi dengan Cole, dia cuba berdepan dengan isterinya sewaktu wanita itu sedang tidur. Dan akhirnya, dia menemui jawapan bagaimana dia boleh bertemu dengan Cole. Sukar untuk dipercayai, Dr. Malcolm baru sedar bahawa serangan Vincent suatu ketika dahulu telah membunuh dirinya. Oleh kerana keinginannya yang terlalu kuat untuk merawat kanak-kanak murung, dia telah dipertemukan dengan Cole yang akhirnya berjaya menyedarkan dia.

Haley Joel Osment sebagai Cole.
Selain Bruce Willis, watak Cole yang dipegang oleh Haley Joel Osment juga memberi kesan yang besar dalam plot cerita ini. Watak Cole dilihat sebagai seorang yang murung, suka bersendirian, penakut, dan mempunyai emosi yang mudah terganggu. Cole boleh melihat roh yang telah mati Dan roh tersebut boleh berinteraksi dengannya. Pada mulanya, Cole memang takut untuk menerima kenyataan dengan apa yang dilihatnya. Namun, lama-kelamaan dia menyedari bahawa roh tersebut mempunyai sebab untuk bertemu dengan Cole. Akhirnya, Cole membuat keputusan untuk membantu Roh tersebut menyampaikan mesej kepada manusia yang masih hidup. Tindakan Cole itu berjaya membongkar pembunuhan seorang wanita yang mati diracun, menyampaikan mesej neneknya kepada ibunya, dan membantu Dr. Malcolm untuk mengetahui situasi sebenar antara dia dan isterinya.

5) Bincangkan kepentingan konsep "twist" dalam penulisan skrip cerita ini.

Konsep "twist" yang cuba disampaikan oleh penulis skrip dalam filem ini dilihat sangat penting dalam cara mengaitkan plot awal dan plot akhir. Di awal penceritaan, Dr. Malcolm mempunyai hubungan yang sangat baik dengan isterinya, kemudian dia telah diserang oleh Vincent. Namun, plot filem ini berkembang apabila Dr. Malcolm ditemukan dengan Cole yang mempunyai masalah kemurungan. Cole pula dilihat sebagai satu watak yang sering beremosi dan gemar menyendiri. Plot dalam filem ini juga dikembangkan lagi dengan adegan masalah hubungan Dr. Malcolm dan isterinya.
Apakah yang terjadi dengan Dr. Malcolm selepas serangan Vincent? 
Apakah kaitan serangan itu dengan hubungan mereka? 
Apakah pula yang membuatkan Cole sering menjerit? 
Bagaimanakah Cole boleh ditemukan dengan Dr. Malcolm?
Semua persoalan ini cuba dijawab dengan menggunakan konsep "twist" bagi mengaitkan kehadiran setiap watak yang ada dalam filem ini. Menurut Henry (2013), "After a successful plot twist, the one deceived goes through the dizzying process of rethinking every scene prior with their new knowledge. It is in the nature of the twist that some truth can be found." Konsep "twist" dalam filem ini dilihat dapat menemukan watak dengan kebenaran yang cuba dicari. 

Sumber:
Henry. (2013, January 18). Philosophy and Film. Retrieved from Deception in The Sixth Sense (1999) (Spoiler Alert): http://philfilmrhodes.blogspot.com/2013/01/deception-in-sixth-sense-1999-spoiler.html
Shyamalan, M. N. (Director). (1999). The Sixth Sense [Motion Picture].




Comments