Jurnal Pengarah 1

______________________________________________________
24 Feb 2014
Hari pertama melangkah kaki ke studio media sebagai pelajar "Seni Pengarahan Filem". Tanpa sebarang idea, basic atau info, saya hanya mendaftar sebagai pelajar untuk subjek ini. Dr. Azalanshah, encik pensyarah. Mungkin tua, mungkin muda. Mungkin tegas, mungkin baik hati. Orang kata, tak kenal maka tak cinta, jadi saya decide untuk ke kelas pada hari tersebut, kenali subjek dan pensyarahnya, kemudian fikir untuk add atau drop subjek itu. =)

Untuk kelas hari itu....
Nothing was in my mind. 
Subjek yang sangat asing bagi saya. 

Tapi apabila encik pensyarah memulakan bicara, slide demi slide ditayangkan, saya mulakan merasakan sesuatu. Mungkin kelas pertama adalah suatu pengenalan yang baru buat saya. Tak banyak yang dapat saya ingat dan faham waktu itu. Tiga minggu berlalu sejak dari kelas tersebut, hanya beberapa perkataan sahaja yang saya mampu ingat berdasarkan pebgajaran encik pensyarah.
Director
School of film
Pre-production, production, and post-production
A concept was started from brain (IDEA)
Market + Distribute + Audience + Production = Good Idea 
Cyclical Production Model 
Project proposal 
Daripada beberapa kerat ayat di atas, saya dapati terdapat beberapa perkara yang tidak banyak bezanya dengan apa yang saya belajar di fakulti saya (Alam Bina- Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah). Dan itu membuatkan saya rasa, tak salah untuk teruskan kelas ini.

Pre-production, production, and post-production...
Tiga perkataan yang tidak asing bagi saya. Sama seperti sejarah pengajian saya, "planning during pre-modernism, modernism, and post-modernism". Tapi, apa yang sempat saya grab semasa kelas berjalan, film production adalah suatu proses di mana pembikinan filem itu dilakukan. Proses tersebut melibatkan proses penggambaran di lokasi-lokasi dan masa yang ditetapkan.

A concept was started from brain (IDEA)...
Sebagai seorang pelajar perancang bandar, saya juga tidak terlepas dengan proses menghasilkan konsep. Sama seperti kelas ini, kosep yang menarik datangnya dari akal. Konsep yang menarik memerlukan idea yang menarik. Dan idea yang baik adalah berdasarkan hasil yang boleh dipasarkan (can be marketed), diedarkan (can be distributed), menarik perhatian penonton (will find audience), dan boleh dihasilkan (can be produced).

Cyclical Production model...
Selalunya, a cyclical planning process. Tapi petang itu, apa yang saya belajar, a cyclical production model. Yup! Sama tapi tak serupa. A cyclical production model mengandungi lapan elemen berbeza iaitu concept, development, financing, pre-production, production, post-production, marketing, dan distribution. 

Project proposal...
Proposal, proposal dan proposal. Kebisaannya, kelas perancangan bandar memerlukan proposal yang mengandungi lebih daripada 30 muka surat beserta pelan, gambar rajah sokongan, dan justifikasi pemilihan idea. Berbeza dengan kelas pengarahan filem, sebuah project proposal haruslah mengandungi logline, satu muka surat sinopsis, penjelasan mengenai cerita,skrip berdasarkan format, dan artistic approach yang akan digunakan oleh pengarah. "Project proposal" pada asalnya bukanlah sesuatu yang baru, tetapi kandungannya tersangatlah baru bagi saya. 

Pada hari yang sama juga, saya telah menonton sebuah filem yang belum pernah saya tonton sepanjang dua dekad ini, Forrest Gump. Kemudian, encik pensyarah mengkehendaki semua pelajar untuk menghasilkan director's journal dan film review berdasarkan apa yang dipelajari dan ditonton semasa kelas tersebut. Sekali lagi, "I have no idea to write in the journal and in the review". Tapi akhirnya saya telah berjaya menulis sebuah movie review pertama dalam sejarah hidup saya- hasil tulisan si Urban Planner. =)

Sekian...



Comments