_________________________________________________________________________________
24 April
Pada minggu ini telah berlangsungnya sesi pengambaran di tempat yang diidamkan oleh Cik PM kita, Cik Wani. Hari pengambaran telah dicepatkan daripada hari yang dijangkakan atas sebab-sebab tertentu. Walaubagaimanapun, sesi pengambaran telah berjalan dengan baik. Bermula sekitar jam 8 malam, bertempat di Janda Baik, kami memulakan sesi pengambaran kami. Semua krew yang hadir menjalankan tugas masing-masing. Dan aku, membantu pengarah menyediakan props yang diperlukan.
Berikut merupakan keadaan semasa sesi pengambaran sedang berlangsung...
 |
Director dan PM sedang melihat hasil rakaman |
 |
Kak Fiza sebagai jurukamera berusaha merakam dari sudut yang menarik |
 |
Tara!!! Inilah lokasi pilihan kami... Terima kasih Cik PM!
|
Sesi pengambaran ini berakhir sekitar jam 12 malam... Dan semuanya selesai pada malam itu juga... Well done guys!!!
Comments